Powered By Blogger

Monday, 3 July 2017

FIRST TIME BUKA BUKU MERAH DI KLINIK KESIHATAN

Hari ni dah 34 weeks 3 days of pregnancy. Meh aku share pengalaman buka buku pink kt KK (Klinik Kesihatan).

3 Disember 2016 tarikh paling bermakna dalam hidup aku sejak 26 Januari 2013. Kenapa? sebab hampir 4 tahun aku TTC. Soalan orang sekeliling jenuh nak jawab.

Bila nak ada anak?

Usaha lagi.

Main lebih sikit.

Perghhhh berbulu je telinga aku dgr kata2 cmtu. Nak je aku reply kurang ajar. Orang2 cmni bukan tau jaga hati orang. Ehhhh, melalut plak.

Ok sambung cite.

3 Disember 2016 tu aku buat UPT. Guess what? Double line. Tapi aku x excited sgt sbb sebelum ni pnh je naik double line tp rupenye Chemical Pregnancy (Nanti cite kat entry lain).

Aku pun tunjuk kt suami. Dia pun cm biasa. Dia tak nak aku kecewa. So, ktorg doa jela smga kali ni rezeki Allah nak bagi.

Lepas test tu kebetulan ada family day belah suami. Ktorg join sume game. Siap jatuh2 lagi. kt sana pun aku try UPT. still double line. Uishhhh dh la game td aku jatuh tersungkur. Dalam hati doa la xde apa2.

Balik dari family day, dengan rasa tak sabar, aku gi Klinik USJ 9 utk scan. Dr. Azizah suruh test urine then dia panggil masuk bilik. Ms dia tunjuk UPT kuar double line, aku dh sengih2. ya Allah.. Alhamdulillah kalo aku betul2 pregnant. Ngeeee~ Pdhal Dr. Azizah tak cakap apa2 lagi. Dia suruh baring untuk scan perut. Tadaaaaa!!! nampak kantung... tp tak nampak heartbeat lagi. Doc cakap masih awal. Tggu 7 8 minggu. Sekarang ni mungkin baru 3 4 minggu.

Maka, bersabarlah kami suami isteri. Hahaahhah. Smga anda bertabah baca entry ni. Ahahahah.

Ok! Aku rasa dh 7 mggu kot. 20 disember 2016 aku g klinik Ainita USJ 9 pulak. Klinik ni la yg suggest aku mkn clomids and alhamdulillah berjaya dengan Izin Allah.

Dr. Hamizah scan perut aku and nampak la kantung and heartbeats baby..Ya Allah masa tu xtau nak kata apa. Syukur sgt. Terus Dr. Hamizah buka buku merah kt Klinik dia.

Haaaa masa ni la aku confius nak buka tak buku merah kt KK sbb aku dh ada kad kat klinik ni. Jenuh tnya kawan2, then aku decide pergi buka kt KK. Masa tu aku dh 3 bulan lebih.

Ok la. Aku xlarat dh nk type. Next entry bleh? Uhuhuh.. Sorry guys!

No comments:

Post a Comment